Tuesday, July 12, 2011

Teknik Bina Soalan Esei


Teknik Menulis Soalan Esei Seni Visual
Oleh: Hassan Mohd Ghazali
hassan@fsm.upsi.edu.my
FSM

A. Jenis soalan esei

1. Soalan Respons terhad

Soalan bentuk ini meletakkan had pada jawapan yang perlu diberikan oleh
calon. Sempadan kandungan mata pelajaran yang perlu dipertimbangkan
biasanya ditakrifkan secara sempit oleh masalah, dan bentuk jawapan yang
khusus juga lazimnya ditunjukkan (oleh kata tugasan seperti; senaraikan,
takrifkan, dan beri alasan). Dalam sesetengah kes, respons dihadkan oleh
penggunaan arahan khusus atau maklumat pengenalan.
Soalan jenis ini adalah paling sesuai pada peringkat aras pengetahuan,
pemahaman, aplikasi dan analisis

Contoh 1:
Perihalkan sebuah karya Hussien Enas bertajuk ‘Gadis Melayu’ dengan
memberi analisis dari aspek formal. Hadkan jawapan anda kepada satu
halaman.
[ 15 markah ]

Contoh 2:
Anda sebagai guru pendidikan seni visual tingkatan satu, ingin mengajar
‘garisan menimbulkan bentuk’ dengan menggunakan media kering sebagai
kaedah pelukisan.

(a) Perihalkan langkah-langkah yang harus anda mengajar
[ 10 marakh ]

(b) Berikah alasan untuk mewajarkan setiap langkah yang dinyatakan.
[ 10 markah ]

2. Soalan Respons Lanjutan
Soalan jenis ini memberi kebebasan kepada calon untuk menjawab. Had
pada bahan yang boleh dimasukkan dalam jawapan dan pada bentuk
respons adalah minimum walaupun dalam sesetengah kes, had yang
munasabah boleh dikenakan seperti had masa dan had halaman. Dalam
soalan jenis ini, calon hendaklah diberi kebebasan untuk menunjukkan
kemahiran kepada aras sintesis dan penilaian.
Soalan ini dapat mengukur penyepaduan idea yang kreatif, penilaian bahan
secara keseluruhan, dan pendekatan yang luas kepada penyelesaian
masalah.

2
Contoh 1: (Aras Sintesis)
Dalam satu sesi pengajaran Pendidikan Seni Visual bidang kraf tradisional
batik, sediakan satu rancangan yang lengkap untuk menilai pencapaian
pelajar. Pastikan anda memasukkan prosedur yang akan anda ikuti,
peralatan yang akan digunakan, dan alasan bagi pilihan anda.
[ 25 markah ]
Contoh 1: (Aras penilaian)
Bincangkan dan beri alasan tatacara menghasilkan sebuah reka bentuk
identiti koperat bagi sebuah jenama Syarikat Intan Permata untuk produk
makanan tradisi tempatan.
[ 25 markah ]

B. Panduan Menulias Soalan Esei

1. Menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

2. Senaraikan butir-butir atau ciri-ciri yang berkaitan dengan tajuk atau subtajuk.

3. Tentukan soalan itu perlu dipecahkan kepada beberapa bahagian

4. Pastikan sama ada ransangan soalan (gambar rajah, gambar, perangkaan dll)
perlu bagi soalan yang akan digubal serta relevan pada soalan.

5. Gubal soalan dengan menggabungkan tugasan soalan, tajuk dan ransangan
(jika ada) dengan memberikan pertimbangan kepada perkara berikut:
a. Soalan hendaklah seberapa ringkas yang mungkin
b. Soalan hendaklah tepat dan jelas
c. Soalan hendaklah berkemampuan membezakan pelajar baik, sederhana
dan lemah (Kebiasaaannya aras kemahiaran menentukan kedudukan
soalan)
d. Konsep yang disoalkan hendaklah sesuai dengan peringkat
pemelajaran yang telah diajarkan.
e. Tidak mengandungi unsur emosi, keperibadian, kepercayaan,
kebudayaan, agama dan lain-lain perkara sensitif.

6. Sediakan rangka model jawapan kepada soalan. (mudah untuk menyemak)

7. Sediakan skema permakahan beserta denganpecahan dan wajaran markah.

8. Tentukan soalan-soalan mengikut standard (dari segi aras kesukaran, masa
untuk menjawab, liputan jawapan dan kepentingan tajuk)
9. Dapatkan pandangan kedua – semakan
3

3. Aras Kemahiran dan Kata Tugasan Soalan Esei

Soalan esei boleh dibina mengikut aras kemahiaran daripada mudah kepada
kompleks berdasarkan teksonomi yang dikemukakan oleh Bloom seperti berikut.
Aras Kemahiran dan perihal Contoh kata tugasan untuk
menyatakan hasil pembelajaran
khusus

PENGETAHUAN
Penekanan kepada proses mengingat –
istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum atau
takrif
Apakah, siapakah, Kenal pasti, Pilih,
Namakan, Nyatakan, senaraikan,
Takrifkan, Perihalkaan, Gariskan,
Galurkan,…

PEMAHAMAN
Memerlukan perterjemahan maklumatfakta,
konsep, prinsip atau hukum yang
telah dikemukan dalam soalan ke dalam
bentuk yang lain.
Jelaskan, Ringkaskan, Tukarkan,
Ramalkan, Bezakan antara,
mengapakah,…

APLIKASI
Memerlukan apliasi (penggunaaan) fakta,
konsep, prinsip atau hukum dalam situasi
tertentu untuk menyelesaikan masalah.
Cari, Hitung, Kira, Tunjukkan,
Selesaikan, Ubah suai, kaitkan, Susun,…

ANALISIS
Menekankan pemecahan sesuatu
komunikasi – petikan, perenggan, jadual,
carta atau graf – kepada bahagianbahagian
juzuknya dan kebolehan
mengenal perhubungan antara bahagianbahagian
itu
Anggarkan, Bezakan, Tafsirkan,
Kelaskan, Bahagikan, Asingkan,
Analisis,..

SISTESIS
Menekankan penggabungan semula
unsur-unsur atau bahagian-bahagian
untuk menghasilkan satu pola atau
struktur yang baru yang tidak dinyatakan
secara eksplisit dalam masalah yang
diberikan
Gabungkan, Ciptakan, Rumuskan,
Gubah, Reka bentuk, Bina, Susun
semula,..

PENILAIAN
Soalan aras ini memerlukan penggunan
lebih daripada satu kriteria secara
serentak
Uluskan, Kritik, Bandingkan, Bezakan,
Pertahankan, Buat kesimpulan tentang,
Nilaikan, Sejauh manakah, Apakah
pendapat anda tentang,…

No comments:

Post a Comment