Wednesday, July 13, 2011

CONTOH KERTAS KERJA - KREATIVITI DALAM SENI

 Oleh : Hassan Mohd Ghazali
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Definisi Kreativiti
*Perkataan Latin – Creare bermaksud membuat

*Perkataan Greek – Creare  bermaksud memenuhi
*Kamus Dewankemampuan mencipta daya kreatif
*KeseluruhanKemampuan mempunyai kebolehan  
                                 menciptan, menghasilkan dan
                                 mengembangkan sesuatu idea baru
                                  dan asli

Perkembangan Kreativiti
*Fisher menjelaskan terdapat 5 tahap pemikiran kreativiti :
*Peringkat rangsangan
*Peringkat penerokaan
*Peringkat perancangan
*Peringkat aktiviti
*Kajian semula

Peringkat Rangsangan

*Dirangsang dengan mengemukakan perlbagai seoalanapa, bagaimana, kenapa, siapa dan sebagainya

Peringkat Penerokaan

*Mempunyai permikiran ke hadapan, membuat kajian, dan eksperimen

Peringkat Perancangan

*Merancang dan memetakan semua aktiviti secara visual


Peringkat Aktiviti

*Merancang dan memetakan semua aktiviti secara visual

Kajian Semula
*Menilai keberkesanan dan proses penambahbaikan pemikiran kreatif akan memberi cadangan yang bernas, murid disarankan memberi pendapat dan komen apa yang telah dilaluinya

Ciri-ciri Kreatif Dalam Seni
Daya persepsi yang tinggi
Daya membina idea sendiri
Suka mengkaji dan menyelidik
Peka terhadap nilai-nilai estetik
Keyakinan diri

Peka Terhadap Sesuatu
-
tertarik kepada nilai keindahan, kecantikan pada alam
Keyakinan Diri
-
berdikari
-
perasaan dan emosinya kuat dalam membuat penyataan diri
Daya persepsi yg tinggi
-
Malihat kekuatan nilai estetika dan makna pada objek alam

Daya membina idea sendiri
-
mencuba teknik baru
-
meneroka pendekatan baru
-
memanipulasi idea
-
imaginasi tinggi
Suka mengkaji dan menyelidik
-
dapat memberi makna/pengertian kepada sesuatu ciptaan
-
bertanya dan memcari penjelasan
-
mencari penemuan baru

Tuesday, July 12, 2011

Dokumentari seni Lukis (Catan)


CATAN

Catan merupakan hasil seni bahantara pigmen warna pada permukaan rata seperti kertas atau kanvas. Jenis bahan yang sering digunakan untuk catan ialah:
a. Cat Air. Bahantaranya air, menggunakan pengilat gam Arab; pewarna ini bersifat lutsinar; boleh digelapkan sekiranya warna disapu beberapa kali atau tebal.
b. Cat Minyak. Bahantaranya turpentine; bahan pengilapnya ialah minyak linsid; bersifat legap.
c. Cat Tempera. Bahantaranya air; pengilatnya ialah kuning telur; ada yang lutsinar tetapi tidak sama seperti cat air; merupakan teknik tertua.
d. Cat Akrilik. Bahantaranya air; bersifat lutsinar dan legap.
e. Cat Gouce/Guac. Bahantaranya air, menggunakan pengilat gam Arab. Sama sepeti cat air tetapi ia bersifat legap.
f. Cat Poster

ALIRAN-ALIRAN DAN PERKEMBANGAN SENI CATAN DI BARAT.

Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba dan ia digunakan untuk menggambarkan kisah-kisah keagamaan.
a. Zaman Pertengahan. Aliran Seni Kristian, Seni Romantik, Seni Medievel
b. Zaman Renaissanse: Zaman kemuncak seni lukis di Eropah. Aliran Romantik, Klasik, Naturalisme
c. Zaman Baroque dan Rococo. Aliran Barroque, Dutch Painting
d. Abad ke-18. Aliran Romantisme
e. Abad ke-19. Aliran Realisme, Naturalisme, Impressionisme, Post-Impressionisme, Seni Nouveau
f. Abad ke-20. Aliran Kubisme, Ekspresionisme, Fauvisme, Futurisme, Dadaisme, Surelesme, Abstrak Ekspresionisme
g. War Art. Aliran Enviroment Art, Happenings, Seni Poo, Seni Op, Seni Minimal, Seni Konseptual, Seni Land.

CIRI-CIRI DAN KARYA

Kiubisme: Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menganggap seni sebagai satu konsep kearah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan permasalahan 3 dimensi dalam ruang 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga.

Ekspressinisme: Menolak cirri-ciri tradisi klasik. Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam. Penggunaan warna yang terang bagi menyampai mesej. Penggunaan warna yang dramatik. Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan bersifat organik. Kesan berus yang kasar, kadang kala tidak menggunakan berus.

Impressionisme: Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Warna tidak dicampur dengan warna hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. Warna bertindih-tindih. Tidak melukis secara detail. Mementingkan keserasian warna/cahaya serta watak-watak alam. Mengutamakan suasana yang dilihat misalnya pagi, petang, malam. Aliran ini condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontan tentang apa yang dilukis.

Pos-Impressionis: Mencipta bentuk bukan meniru. Seni adalah kejelasan logik bukan tentang struktur. Karya seni bukan sains tulen tetapi seni. Berlandaskan hukum pembalikan cahaya tetapi harus memberi ruang penyataan diri.

Seni Baraque dan Rococo: Zaman ini juga dikenali sebagai zaman Renaissance Tinggi. Baroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya menumpukan kepada komposisi, aksi, warna dan cahaya. Latar belakang karya berwarna gelap. Karya tertumpu kepada objek.

Pos-Ekspressionisme: Menumpukan kepada percubaan dan penerokaan pelukis terhadap media dan bahan. Ciri-ciri lain sama dengan aliran ekspressionisme.

Futurisme: Mengemukakan aliran seni yang berdasarkan teknologi. Dinamik. Pergerakan yang dinamik.

Surealisme: Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis. Imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan kesan misteri. Objek diletakkan pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan.

Dadaisme: Kumpulan perantaran antar aliran futurisme dengan surealisme. Konsep tanpa kongkongan. Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata. Seni adalah medium untuk melepaskan perasaan. Berpegang kepada konsep ‘kemusnahan juga merupakan penciptaan’.

Seni Pop: Berasaskan kepada persekitaran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop terkenal juga dengan panggilan New Realist. Ciri-ciri yang penting dalam karya Pop ialah ialah warna yang terang pada permukaan yang berbidang besar. Konsep New Realist merupakan kebangkitan kehidupan moden yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.

DOKUMENTARI SENI LUKIS (Kritikan Seni)


PEMAHAMAN DAN KRITIKAN SENI

Kritikan seni terrhadap karya seni visual (kraf tradisi, kraf dimensi baru, lukisan, catan, arca, cetakan, grafik, tekstil, seramik, seni industri fesyen, fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap , multimedia dan animasi) dapat membantu dan menyumbang kepada pembentukan persepsi dan apresiasi seni visual.

Kemahiran dalam membuat kritikan seni bertujuan untuk mengembangkan lagi persepsi dan apresiasi seseorang serta membuat pertimbangan dan penilaian sesuatu karya seni visual.

Aspek-aspek kritikan karya seni visual:

Setiap karya seni visual dikaji dari aspek berikut:

Hal benda: Mengenal pasti pelbagai hal benda (figura, objek alam, objek buatan manusia dll) yang digunakan dalam karya seni visual. Memahami penampilan imej dalam karya seni visual dalam konteks aliran dan stail yang berbeza. Memahami dan membezakan imej realistik, abstrak dan non-objektif dalam karya seni visual.

Komposisi: Mengenalpasti asas seni reka yang terdapat dalam setiap karya seni visual. Mengkaji penggunaan asas seni reka sebagai bahasa seni visual dan memahami sifat-sifat ekspresif asas seni reka dalam menyatakan maksud. Memahami bagaimana asas seni reka diolah dan diadun dalam sesuatu hasil karya seni. Mengkaji penggunaan pelbagai media dan teknik untuk hasilkan kesan ekspresif dalam karya seni visual.

Kandungan: Memahami pelbagai tema yang menjadi pilihan bagi menyampaikan maksud dan pengertian dalam karya seni visual. Mengkaji makna, mesej, idea dan fungsi yang disampaikan melalui karya seni visual

Aspek-aspek tersebut di atas biasanya dikaji dalam konteks kualiti estetik dari segi imitationalisme (Literal quality), formalisme (Formal qualities) dan emosionalisme (expressive qualities).
.
Pendekatan Kritikan Seni
Jurnalistik: Laporan, penerangan dan penulisan diskriptif (seperti pameran seni di galeri) yang disiarkan dalam surat khabar, majalah, radio dan televisyen untuk bacaan/pengetahuan umum

Ilmiah: Penulisan terperinci dan in-depth dibuat secara intepretif yang disiarkan dalam jurnal dan majalah, laporan dalam seminar dan konferensi.

Strategi Kritikan Seni

Diskripsi: Membuat inventori melalui pemerhatian, tentang imej, benda subjek dan penggunaan unsur seni dalam karya seni visual.

Analisis: Mengkaji dari segi organisasi hasil seni dibuat-bagaimana prinsip seni digunakan dalam menyusun unsur seni untuk menghasilkan kesatuan dalam karya seni visual.

Interpretasi: Mengkaji kualiti ekspresif (perasaan, mood dan idea) yang disampaikan melalui karya seni visual bagi menterjemahkan maksud dan makna.

Pertimbangan: Membentuk pendapat dan membuat keputusan bagi menentukan darjah artistik / dergree of artistic merit dalam hasil karya seni.

@Kritikan seni yang dibuat mengikut empat strategi di atas adalah satu sistem yang berstruktur dan teratur. Secara urutan, diskripsi merupakan peringkat muda dalam kritikan seni dan pertimbangan berada di peringkat kompleks menggunakan domain kognitif aras tinggi.Setiap strategi itu boleh dijalin dan digunakan secara fleksible mengikut kemampuan pelajar.

PERKEMBANGAN SENI LUKIS DI MALAYSIA

Tahun 1930-an dan 1940-an
Seni halus (lukisan, catan, cetakan, arca dll) bermula pada tahun 1930-an dengan terciptanya catan awal oleh Yong Mun Sen, Abdullah Ariff. Pelukis Malaysia bebas daripada sebarang kongkongan kerana belum terdedah kepada aliran dari barat. Pendedahan hanya tertumpu kepada penghasilan rakan seperjuangan. Karya mereka mentah dan tidak halus kerana tiada bimbingan.

Tahun 1950-an
Awal tahun 1950-an, Malaysia mula mempunyai pelukis yang berkedudukan dan dedikasi seperti Yong Mun Sen, Abdullah Ariff, Cheong Soo Pieng, Khaw Sia. Alam seni halus Malaysia masih suram dan kurang memberangsangkan. Ketibaan Mohammed Hoessein Enas dari Indonesia telah membawa era baru dalam aliran naturalis dengan melukis figura manusia kepada pelukis tempatan.Tay Hooi Keat yang baru pulang dari United Kingdom memperkenalkan asas seni lukis seperti bentuk, garisan, rupa, warna, jalinan dan sebagainya.

Tahun 1960-an
Era 1960-an dikatakan merupakan penghasilan karya yang matang dari pelukis-pelukis Malaysia. Pelukis-pelukis bukan sahaja menganut aliran impresionis malah lebih berani dalam aliran ekspresionis, pop, konseptual, op dan lain-lain.

Tahun 1970-an
Pelukis seperti Redza Puyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Joseph Tan telah menggegarkan dunia seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar.Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopor oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck Kan telah menjadi ikutan. Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan baru dalam lukisan.Karya catan masa ini mengandungi nilai ikon dengan tegasan monolitik.

Tahun 1980-an
Awal tahun1980-an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan munculnya catan pemandangan yang naïf, sambungan akademik aliran realisme dan karya-karya yang berprinsipkan mitos dan legenda yang kaya di rantau ini. Terdapat juga pelukis yang mendekatkan diri kepada subjek-subjek yang berkaitan dengan keadaan dan peristiwa yang berlaku dalam negara, warisan budaya serantau, sosial dan politik yang berkontekskan Islam.
KARYA PILIHAN PELUKIS MODEN MALAYSIA
NO NAMA PELUKIS TAJUK KARYA MEDIA
1 Ismail Mustam Tanpa Tajuk , 1966
Hang Tuah dan Hang Jebat , 1961 Cat Minyak
Cat Minyak
2 Dzulkifli Buyong Kapal Kertas , 1966
Membakar Semut , 1967
Kelambu , Kapur Pastel
Kapur Pastel
Kapur Pastel
3 Cheong Laitong Memujuk , 1957
Bermain Gasing , 1958 Cat Minyak
Cat Minyak
4 Peter Harris Rumah Rakit-Kuala Lipis , 1956 Cat Guac
5 Chuah Thean Teng Di Tepi Pantai , 1958
Musim Buah , 1968 Lilin & Pewarna
Lilin & Pewarna
6 Mohd. Hoessein Enas Mengutip Daun Tembakau , 1962
Potret Diri , 1954
Nobat , 1962 Cat Minyak
Kapur Pastel
Cat Minyak
7 Ibrahim Hussein Pak Utih , 1967

Kekecohan , 1969 Cat Minyak, Akrilik, Bahan Campuran
Cat Akrilik
8 Tay Hooi Keat Pemandangan Pohon , 1961

Jalan Pinang , 1957 Campuran Cat Air, Dakwat, Cat Minyak
Cat Minyak
9 Yong Mun Sen Rumah Atap di Tepi Pantai , 1960
Pokok-pokok Kelapa , 1951 Cat Air
Cat Air
10 Abdullah Ariff Coconut Plantation-Dawn , 1948
Bumi Bahagia Lombong Bijih Timah Malaya , 1960 Cat Air
Cat Air
11 Zakariah Noor Bunga-bunga Ros dan Al-Quran Cat Minyak
12 Yeoh Jin Leng Sawah Padi Cat Minyak
13 Syed Ahmad Jamal Umpan
Gunung Ledang Cat Air
Cat Minyak
14 Abdul Latif Mohidin Pago-pago Cat Minyak
15 Patrick Ng Kah Onn Menjemur Kain , 1961 Gouce
16 Mazli Mat Som Yati , 1964 Pastel
17 Nik Zainal Abidin Wang Kulit Kelantan , 1959 Cat Minyak
18 Redza Piyadasa Keluarga Baba , 1986 Media Campuran
19 Nirmala Shanmughalingam Vietnam 11 , 1980 Akrilik
20 Ismail Zain Ruang Catan , 1970 Akrilik
21 Mohd. Salehuddin Membeli Belah Di Kampung , 1959 Cat Minyak
22 Syed Tajuddin Merdeka , 1974 Cat Minyak

Tempat peragaan karya lukisan biasanya terletak di galeri, balai seni, dewan, lobi, dan ruang legar. Sebelum bahterah ini dilayarkan apa kata kita singgah sejenak di Balai Seni
Lukis Negara yang telah dibuka dengan rasminya oleh Y.T. M Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama pada 27 Ogos 1958 untuk menyingkap perkembangan seni lukis yang telah berlaku di Malaysia.
Soalan Wawancara Dengan Pelukis.
Orang kata Tak Kenal Maka Tak Cinta. Apa kata kita adakan wanwancara dengan……
1. Tempat dan tarikh kelahiran.
2. Pendidikan kat mana.
3. Bila menceburi bidang lukisan.
4. Aliran apa.
5. Media apa yang selalu guna- cat air, cat minyak dll
6. Pernah adakan pameran.
7. Hadiah/Anugerah yang pernah dimenangi
8. Lukisan yang terkenal: Tajuk, Tarikh, Media apa, Tema, Gaya, Nilai
9. Pelukis idola
10. Jawatan-jawatan yang pernah disandang.
11. Di mana boleh dapatkan/beli lukisannya.
12. Kebanyakan lukisannya ada kat mana.
Dengan wujudnya begitu banyak institut pendidikan seni di Malaysia bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, diharap tidak lama lagi kita dapat melahirkan pelukis yang mempunyai nilai modal insan yang tinggi, berfikiran kelas pertama yang dapat menghasilkan lukisan yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk dihayati oleh masyarakat marcapada. Sekian. Terima kasih! Majulah Seni Untuk Negara. NUKILAN: KTB.

PROSEDUR PENGHASILAN & PENILAIAN KERJA KURSUS SENI VISUAL STPM


Oleh:
Hassan Mohd Ghazali
hassan@fsm.upsi.edu.my
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pengenalan
Kertas 970/3 adalah merupakan kertas penghasilan karya untuk calon
sekolah yang mengambil mata pelajaran Seni Visual di peringkat STPM.
Kertas ini menguji kemahiran calon untuk menghasilkan sebuah karya seni
visual dalam bentuk pengkaryaan dan perekaan. Melalui bimbingan guru
seni visual, calon akan melaksanakan projek berdasarkan pemilihan soalan
yang telah dihantar oleh MPM pada awal Januari. Sepanjang lapan bulan
(Februari hingga September)calon yang dibimbing oleh guru seni visual
membuat projek yang dipilih berdasarkan soalan dari MPM. Aspek penting
yang diberi penekanan ialah aspek penerokan idea, penghasilan karya @
produk dan pendokumentasian projek.
Oleh yang demikian pemilihan soalan oleh calon dalam kertas ini
perlu dibincang bersama dengan guru pembimbing agar kepakaran guru
pembimbing dapat membantu ke arah penghasilan yang baik. Kertas ini
akan dinilai secara pendekatan pengujian authentic. Justru itu hasil kerja
portfolio dan hasil karya perlulah memenuhi peraturan yang telah ditetapkan
oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Beberapa perkara asas perlu dihalusi oleh
guru pembimbing sebelum memulakan penghasilan projek penghasilan
karya antaranya:
1. Arahan Kertas Soalan
2. Tanggungjawab Guru Seni Visual
3. Tanggungjawab Pengetua
4. Penghantaran Portfolio dan Hasil Karya
5. Arahan Penyedian Projek Penghasilan Karya.
Prosedur penghasilan
Secara umum kertas ini adalah dibuat secara amali di sekolah, oleh itu
keakraban antara calon (pelajar) dan guru seni visual (Pembimbing) adalah
perkara yang sangat penting. Bagi calon, mereka sangat mengharapkan
guru pembimbing membantu mereka dari aspek teori dan amali pengajaran
seni visual.
Sebenarnya kertas penghasilan karya seni visual STPM memerlukan
pelajar atau calon berpengetahuan dan berkemahiran dari aspek kognitif,
psikomotor dan afektif. Tanpa ketiga-tiga domin ini, portfolio dan
penghasilan tidak dapat dilakukan dengan baik.
Sebagai contoh, soalan Nombor 1 (Pengkaryaan). Soalan tersebut
berkehendakkan calon menghasilkan karya bertemakan ‘Gelombang’.
Aspek kognitif: calon perlu mencari sumber maklumat mengenai gelombang,
samada melalui pembacaan, pencarian maklumat dari internet,
Taklimat JU 970/3 27/28 Februri 2008 �� HASSAN GHAZALI 2
perbincangan dan sebagainya. Aspek teori dari segi makna dan nilai kreatif
juga perlu dititik beratkan melalui kajian maklumat dan kajian visual. Aspek
Psikomotor (kemahiran): calon perlu mahir tatacara melukis dan membentuk
(Ketukangan) dengan menggunakan media dan teknik bagi menghasilkan
sebuah karya 2D yang bertemakan ‘Gelombang’ tersebut. Aspek Afektif
(Nilai); colon perlu menyiapkan portfolio dan hasil karya dengan kemas dan
kreatif. Persoalannya, aspek pembelajaran seni visual adalah pokok utama
yang perlu ditegaskan sebelum memikirkan aspek-aspek yang lain.
Pengetahuan aspek organisasi penghasilan
Kelaziman berlaku apabila calon menghasilkan karya seni visual akan
memikirkan bagimana cara penghasilan?, apakah bahan yang hendak
digunakan?, dan apakah cara teknik dibuat?. Antara lain yang menjadi
persoalan awal ialah:
1. Memecahkan persoalan tema dan kehendak soalan,
2. Olahan idea dan pengolahan karya,
3. Penentuan bahan dan teknik,
4. Kemasan dan Persembahan.
Sebenarnya, penghasilan sebuah karya seni visual memerlukan banyak
aspek lain yang memerlukan perbincangan antara calon dan guru
pembimbing. Antara lain ialah mengetahui faktor tersirat karya dan faktor
tersurat karya seni visual sebagai cantuman kekuatan berkarya. Antara
perkara inplisit dan ekplisit yang perlu diketahui dalam penghasilan sebuah
karya ialah:
Faktor tersirat:
i. Nilai estetik (merangkumi niali kreativiti)
ii. Nilai makna
iii. Nilai konteks
iv. Nilai emosi
v. Pengaruh
Faktor tersurat:
i. Media dan teknik
ii. Kemahiran penghasilan
iii. Fungsi
iv. Kemasan
v. Peragaan dan persembahan
Langkah-langkah penghasilan
1. Penghasilan pengkaryaan
Proses penghasilan karya akan bermula dengan suatu tema atau
tajuk. Bermula dari permasalah tema maka calon akan bekerja
Taklimat JU 970/3 27/28 Februri 2008 �� HASSAN GHAZALI 3
mencari idea bagi merealisasikan sebuah karya. Pada peringkat awal
proses mengumpul maklumat dan visualisasi adalah langkah kearah
mendapatkan idea sebenar. Disamping itu pemetaan konsep yang
kreatif sangat penting dalam proses visualisasi. Paling penting adalah
penentuan media dan teknik untuk disesuaikan dengan gubahan.
Proses gubahan karya pula perlu menggambil kira elemen-eleman
bahasa seni visual. Di bawah ini adalah rajah proses penghasilan
pengkaryaan.
2. Penghasilan Perekaan
Pelbagai cara yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu karya
perekaan. Dalam perekaan kemahiran penghasilan adalah berbeza
mengikut bidang. Bidang Grafik dan multimedia berbeza cara
penghasilan dengan bindang reka bentuk. Perbezaan penghasilan
reka bentuk industri pula berbeza dengan reka bentuk persekitaran.
Oleh yang demikian guru seni visual sebagai pembimbing perlu
penguasai kemahiran bidang-bidang tertentu untuk mastikan cara
bimbingan kepada colon akan berlaku dengan betul. Di sini
ditunjukkan beberapa cara produksi pengurusan yang bersistematik
untuk mendapatkan produk akhir yang baik. Sebagai contoh
ditunjukkan bagimana sebuah firma ‘Flo Design Consultancy’ (Laura
Slack, 2006) mengorganisasikan penghasilkan produknya. Langkahlangkah
penghasilan produknya adalah sebagai satu cara langkahlangkap
proses perekaan yang bersistematik.
PENGGUNA
• Kehendak
• Keperluan
Rajah 2 : Disesuaikan dari ‘Flo Creator Model Consultancy’
STAGE 1 STAGE 2 STAGE 3
STAGE 1
PENYELIDIKAN PENYATAAN KONSEP VISUALISASI REALISASI PENGEDARAN
• Keperluan
Pelanggan
• Lakaran
• Lukisan
• Model
• 3D
• CAD/3D
• Grafik Viktor
• Lepaan
• Prototaip
• Penilaian
Produk
• Produksi
• Promosi
• Logistik
TEMA
PROSES
PENGWUJUDAN
IDEA
PEMETAAN
KONSEP
KREATIF
PENENTUAN
MEDIA DAN
TEKNIK
PROSES
GUBAHAN
KEMASAN
PERAGAAN
2D @ 3D
• Kemahiran pembuatan
• Kemahiran pengunaan
Bahasa Seni Visual
Rajah 1: Proses Penghasilan Pengkaryaan
Taklimat JU 970/3 27/28 Februri 2008 �� HASSAN GHAZALI 4
Namun demikian secara umumnya proses penghasilan perekaan lebih
tertumpu kepada permasalahan sosial dan pengguna. Bertolak dari situ
pereka akan membuat penyelidikan dan mencari maklumat untuk
menyelesaikan melalui reka bentuk yang boleh diterima oleh masyarakat
atau pengguna. Contoh di atas dapat sedikit sebanyak membantu proses
penghasilan perekaan sebagai menjawab soalan penghasilan perekaan.
Cara umumnya proses reka bentuk reka bentuk industri atau reka bentuk
automobil adalah melalui proses seperti rajah 3.
Dalam bidang reka bentuk grafik, proses penghasilan berbeza sedikit dari
reka bentuk industri dan reka bentuk persekitaran. Antara elemen penting
dalam proses reka bentuk grafik ialah lakaran kenik (Thumbnils) dan Lukisan
Komprehensif sebagai kerja terakhir sebelum proses percetakan. Aspek
kebersihan, kehalusan kerja dan persembahan yang kreatif sangat
dititikberatkan dalam karya komprehensif. Media dan teknik pelukisan dalam
grafik memerlukan kemahiran khusus, dan tidak keterlaluan dikatakan
bahawa proses akhir kerja grafik memerlukan penggunaan perisian grafik
komputer seperti grafik vektor dan grafik bitmap.
FASA 1
Permasalahan
Mengumpul maklumat
FASA 2
Kreatif
Mencari-penyelesaian
Mengeluarkan Idea
Visualisasi
FASA 3
Kemungkinan
Dan
Pengoptimum
FASA 4
Penyempurnaan
Penilian di peringkat
sekolah
PROSES
REKA BENTUK
PEREKAAN
PENGESAHAN
PENILAIAN
PENYEMPURNAAN MENSISTESIS
MENGANALISIS
Rajah 3: Fasa Proses Reka Bentuk Perekaan
Taklimat JU 970/3 27/28 Februri 2008 �� HASSAN GHAZALI 5
Perbandingan Pengkaryaan dan Perekaan
Secara umumnya saya membuat perbandingan melalui rajah 5 dan
rajah 6 untuk memberi penjelasan proses penghasilan. Apabila melihat
perbandingan tersebut kita boleh membincangkan bagaimana
perancangan yang bersistematik dapat dilakukan apabila menerima soalan
dari MPM.
TEMA
BAHASA SENI
NILAI ESTETIK
GAYA
TEKNIK BERKARYA
MAKNA
KONTEKS
NILAI KEASLIAN
ASPEK KOMUNIKASI
NILAI KREATIF
PENGARUH
PERAGAAN
Rajah 5: Sebuah Karya Seni (Pengkaryaan)
Rajah 4: Proses Reka Bentuk Grafik (Bob Cotton, 1990)
Proses idea:
Mencari maklumat
Proses lakaran kenik
sebanyak mungkin
Proses lakaran
sebenar dari lakaran
kenik
Proses
Komprehensif
Taklimat JU 970/3 27/28 Februri 2008 �� HASSAN GHAZALI 6
Penutup
Kertas 970/3 merupakan kertas amali untuk calon persekolahan yang
diberi penekanan dalam proses penghasilan karya sepanjang lapan bulan.
Guru pembimbing Seni Visual memainkan peranan penting sebagai
pembimbing dan penilai utama. Aspek teori dan amali perlu diberi
penekanan sepanjang proses dalam penghasilan. Portfolio adalah
merupakan dokomentasi penghasilan karya dan sebagai bahan bukti proses
teori dan amali berjalan dengan baik.
Bibliografi
Amy e. Arntson (2007). Graphic Design Basics, USA: Thomson.
Bob Cotton (1990). The New Guide To Graphic Design, New Jersey: Chartwell Book
Inc.
Laura Slack (2006). What Is Product Design, Singgapore: Page One
Paulson, F.L. Paulson, P.R. and Meyer, CA. (1991, February). "What Makes a Portfolio a
Portfolio?" Educational Leadership, pp. 60-63.
PERMASALAHAN
BAHASA SENI
KESESUAIAN BAHAN
GAYA ESTETIK
TEKNOLOGI
TEKNIK PRODUKSI
NILAI KETEPATAN
KEASLIAN
ASPEK KOMUNIKASI
NILAI KREATIF
NILAI EKONOMI
PERSEMBAHAN
Rajah 6: Sebuah Produk (Perekaan)

KERTAS KERJA DR. ABU DARI UNIVERSITI MALAYA


Portfolio sebagai Bahan Penaksiran dalam Seni Visual


Terdapat enam aspek pengetahuan yang boleh dikaitkan dengan disiplin pendidikan seni visual. Dari segi strategi penilaian, kesemua aspek ini sebenarnya dirumus berasaskan kepada tiga domain tingkah laku yang biasa dikenali dengan : kognitif, psikomotor, dan afektif.

Aspek yang dimaksudkah ialah:

  1. Pengetahuan tentang kandungan disiplin/bidang (content areas)
    – termasuklah fakta, idea dan generalisasi yang berkait dengan disiplin tersebut.
  2. Pengetahuan tentang kemahiran dan proses yang integral kepada bidang – dikenali juga sebagai pengetahuan prosedur (procedural knowledge).
  3. Pengetahuan tentang mengapa prosedur dan proses digunakan dan dalam keadaan yang bagaimana – sering disebut sebagai pengetahuan syarat dan peraturan (conditional knowledge)

  4. kemahiran metakognitif (metacognitive skills)
  5. Pengetahuan yang berkait dengan kemahiran motor, seperti bagaimana memanipulasi alat dan bahan dalam proses penghasilan
  6. Pengetahuan terhadap sikap – ini termasuklah maklumat tentang sifat dan ciri, disposisi, motivasi, minat, nilai, kecenderungan, atau keadaan emosi pribadi dan tabiat pemikiran.


Dalam konteks penaksiran untuk penghasilan seni, strategi penilaian adalah lebih sesuai dibuat berasaskan kepada performance. Ini adalah kerana asas performance dianggap
lebih autentik berbanding dengan penaksiran berbentuk standard atau formal, terutamanya apabila sasaran adalah tertumpu kepada mengukur proses dan pembabitan.

Secara amalannya, bahan yang digunakan dalam strategi penaksiran berasaskan performance melibatkan antaranya:

  • Portfolio
  • Jurnal, diari, atau log
  • Integrated performances
  • Perbincangan kumpulan
  • Pameran
  • Rakaman audio dan video
  • Komputer


Walau bagaimana pun, bagi maksud perbincangan dalam kertas kerja ini, bahan yang
disentuh adalah portfolio sahaja memandangkan cirinya yang agak komprehensif dan selaras dengan keperluan format dalam penilaian di peringkat STPM.


Apakah portfolio?
Portfolio adalah satu koleksi yang berguna kepada kerja pelajar bagi mempamerkan pembabitan usaha, kemajuan dan pencapaian pelajar dalam sesuatu projek atau bidang penglibatan. Jadi, koleksi tersebut haruslah menampilkan bahan bukti seperti berikut:
  • Penglibatan pelajar tentang sesuatu tugasan atau projek yang dipilih
  • Kriteria bagi pemilihan
  • Kriteria bagi asas penilaian
  • Bukti penilaian kendiri atau refleksi pelajar
Secara ringkasnya, sebuah portfolio itu mestilah menunjukkan koleksi kerja terpilih pelajar yang melambangkan usahanya yang terbaik, sampel hasil kerja yang menampakkan matlamat untuk penilaian, dan dokumen tentang fasa pembentukan dan perkembangan tugasan atau projek yang terlibat.

Apakah ciri- ciri portfolio yang berkesan?
Penaksiran portfolio adalah satu proses yang pelbagai dimensi dengan ciri- ciri berikut:
  • Proses yang berterusan melibatkan bentuk penilaian formatif dan sumatif bagi memantau kemajuan pelajar dalam mencapai sesuatu matlamat yang tertentu.
  • Proses yang pelbagai dimensi, termasuk cara pelajar menunjukkan hasil berbagai bentuk dan proses yang menggambarkan aspek pembelajaran pelajar yang berbagai
  • Proses yang menyediakan refleksi yang kolaboratif bagi pelajar untuk membuat refleksi tentang proses pemikiran mereka dan introspektif metakognitif semasa mereka memantau daya pemahaman mereka, dan menggambarkan pendekatan terhadap sesuatu kaedah menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, juga memerhati kefahaman dan kemahiran mereka yang timbul

Apakah fasa dalam enyediaan portfolio?
Sebagai satu rangka kerja, portfolio disediakan melalui fasa-fasa berikut, iaitu:

Fasa Satu:
Pengurusan dan perancangan.
Fasa ini adalah peringkat permulaan dalam penyediaan sesebuan portfolio di mana pelajar membuat keputusan tentang penglibatan yang akan dibuat. Pada peringkat ini, pelajar meneliti secara dekat tentang soalan dan permasalahan bagi memahami matlamat dan tujuan portfolio serta statusnya sebagai satu cara memantau dan menilai kemajuannya sendiri. Sebagai panduan, soalan utama yang perlu difikirkan dalam proses penentuan atau membuat keputusan tersebut adalah:
  • Bagaimanakah saya merancang masa dalam usaha menyediakan bahan dan penyiapan tugas yang boleh menggambarkan apa yang saya belajar?
  • Bagaimanakah saya menyusun dan mempersembahkan item, bahan, dll, yang akan dikutip dan dihimpun
  • Bagaimanakah portfolio perlu disediakan?

Fasa Dua:
Koleksi
Pada peringkat ini, proses melibatkan penghimpunan artifak dan hasil yang berfaedah bagi melambangkan pengalaman dan matlamat pembelajaran pelajar. Oleh itu pelajar perlu mengambil kira keputusan yang boleh menampakkan persoalan konteks dan kandungan portfolio berdasarkan hasrat dan tujuan yang telah dikenal pasti. Ini bererti bahawa bahan koleksi yang dibuat mengandungi pemilihan tentang beberapa hal, iaitu:
  • hal benda (subject matter)
  • proses pembelajaran
  • projek, tema dan dll. yang berkaitan
Yang penting ialah semua pemilihan bagi bahan koleksi ini mestilah menggambarkan kriteria dan standard penilaian yang telah ditentukan.

Fasa Tiga:
Refleksi
Di mana mungkin, portfolio mesti menampakkan bukti tentang adanya unsur refleksi metakognitif pelajar mengenai proses pembelajarannya dan pemantauan tentang pemahaman terhadap pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. Refleksi ini boleh dibuat dalam bentuk log, diari, journal yang dapat menyatakan pengalaman , proses pemikiran, dan tabiat pemikiran yang pelajar alami dan bentuk sepanjang penglibatan dalam projek yang berkenaan. Selain, itu portfolio juga perlu mengandungi bahan-bahan lain yang sesuai yang dapat menyatakan produk, proses dan pemikiran

Ciri dan Kandungan Penting Sesebuah Portfolio

Aspek utama bagi portfolio yang baik adalah unsur kedalaman, tanpa mengira jumlah masa yang digunakan. Sebagai bahan penilaian mengikut penaksiran berasaskan performance, sesuatu portfolio itu mestilah:
  • Menyatakan matlamat sesuatu kerja, projek atau tugasan
  • Mendedahkan bukti tentang pembelajaran dalam dalam enam aspek pengetahuan yang disebut di atas – kandungan, proses (langkah-langkah), syarat & peraturan, metakognisi, kemahiran motor, dan sikap pemikiran
  • Menyatakan secara lengkap hubugan antara sesuatu matlamat dengan unit pengajian sesuatu bidang.
  • Menunjukkan carta/ indikator kemajuan (proses)
  • Menunjukkan kejayaan yang signifikan. Hasil yang terbaik dijelaskan dengan nota dan huraian
  • Menyebut dan menyatakan kesukaran pembelajaran
  • Mencatitkan keistimewaan sesuatu hasil
  • Menyatakan proses pemilihan, refleksi, dan justifikasi
  • Menunjukkan maklumat didaktik (iaitu bahan bercatat oleh pelajar dan juga guru dengan tarikh yang berkait dengan bukti penyediaan, dan penyempurnaan tugasan, tujuan dan sebab, dsb.
  • Refleksi tahap keakuran kepada standard perfomance


Kandungan Untuk Senarai Semak dalam Penyediaan Portfolio

Berikut adalah perkara yang boleh dijadikan bahan dalam senarai semak untuk proses menyediakan sebuah portfolio.
  1. Bahan-bahan:
  • Catatan (surat) pengenalan kepada portfolio, kenyataan sebab dan tujuan penyediaan.
  • Catatan (surat) ringkasan yang menceritakan isi utama serta penjelasan pelajar tentang kesan mod pemikiran yang berkait dengan isu, sejarah idea dalam bidang yang terlibat.
  • Jadual Kandungan atau kenyataan tentang cara penyusunan isi portfolio
  • Bahan dan catatan tentang cara penyelesaian pelajar mengenai tugasan yang diberi:
    • Nota tentang pendapat pelajar mengenai masalah, interpretasi dan kesan
    • Idea dan sumbang saran terhadap penyelesaian masalah
    • Bahan hasil penyelidikan dan sumber yang membantu pelajar menyelesaikan masalah atau mendapatkan panduan bagi meneruskan tugasan atau projek
    • Sketsa, lakaran kajian, draf yang membantu pelajar dalam proses menyelesaikan masalah
  • Sampel penyudah bagi tugasan dan bahan-bahan, termasuklah:
    • Contoh hasil atau bukti visual yang berkaitan
    • Kenyataan penilaian kendiri tentang proses yang pelajar alami dalam kerja penghasilan
    • Catitan ringkas mengenai hujah yang menyokong penilaian pelajar tentang portfolio. Hujah tersebut mestilah mengambil kira situasi dan aspek pengetahuan yang disebutkan di atas yang disediakan dalam butiran yang jelas tentang alasan, jangkaan dan cabaran


























Rujukan



Bettie, D. Kay. (1997). Assessment in art education. Worcester, MA: Davis Publication
Paulson, F.L. Paulson, P.R. and Meyer, CA. (1991, February). "What Makes a Portfolio a Portfolio?" Educational Leadership, pp. 60-63.

KERTAS KERJA DR. MULIYADI MAHAMOOD DARI UiTM


PENDEKATAN SEJARAH DAN KRITIKAN SENI VISUAL
Oleh
Prof. Madya Dr. Muliyadi Mahamood
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Shah Alam.

Pendahuluan

  • Seni

Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambilkira aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.

Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12). Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika (1959: 16).


  • Seni Visual

Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.

Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut bahan campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis pada abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi moden telah menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer. Sebagai suatu bentuk komunikasi, seni visual menyampaikan pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran, perasaan, dan pengamatan (Preble, Preble dan Frank, 1999).

Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual, justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilah seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan fungsi seperti produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen, fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan animasi.

Di samping seni halus dan seni gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni tradisi, seni keagamaan, seni moden dan seni pascamoden. Seni tradisi lazimnya disifatkan sebagai bentuk-bentuk seni yang diwarisi oleh sesebuah bangsa dengan penampilan ciri-ciri tertentu yang boleh mencerminkan identiti masyarakat tersebut. Sebagai contoh, identiti dalam kesenian tradisi Melayu seperti seni ukir, seni tekstil dan anyaman dapat dihayati menerusi keseragaman motif-motif dan maknanya. Seni keagamaan pula mendukung prinsip-prinsip agama tertentu dan ia berbeza di antara satu dengan yang lain lantaran setiap agama memiliki konsep, tatacara, kaedah dan prinsip yang tersendiri.

Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik, bahan, dan hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan persekitaran, serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada bidang Sejarah Seni Visual. Justeru itu, Sejarah Seni Visual adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji perkembangan tamadun manusia menerusi penelitian terhadap kerja-kerja seni.

  1. Konsep dan Kaedah Sejarah Seni Visual

  1. Maksud Sejarah Seni Visual

Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni Visual juga muncul sebagai suatu disiplin ilmu mempunyai skop, peranan, dan cabang-cabang yang luas. Sejarah Seni Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau pengkajian tentang bentuk-bentuk seni, malahan melibatkan apa-apa jua yang berkaitan dengan kerja seni itu sendiri, termasuklah tentang pengkarya: pelukis dan pereka, bentuk, stail atau gaya, proses, teknik, bahan, makna, pemilik, penaung, persepsi, tanggapan, peranan, dan kemungkinan-kemungkinan yang terhasil akibat daripada kewujudan karya seni itu.

Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai pengalaman yang merentasi ruang dan jarak waktu yang tertentu. Dalam konteks ini, Sejarah Seni Visual pada dasarnya menerokai akan apakah faktor-faktor pencetus terhasilnya karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai, makna, serta persepsi masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh kerana penghasilan karya seni itu turut berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan kebudayaan yang luas, justeru itu bidang Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan bidang-bidang ilmu dan profesion lain. Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia (Zakaria Ali, 1989; Muliyadi Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).

  1. Tujuan Sejarah Seni Visual

Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa masa lalu sebagai asas untuk memahami situasi masa kini. Jika sejarawan memahami masa lalu dengan mengkaji fakta-fakta peristiwa, sejarawan seni visual pula berusaha untuk memahami masa lalu menerusi karya-karya seni. Dalam konteks ini, karya seni visual menjadi dokumen-dokumen sejarah yang merakamkan akan masa atau era yang menghasilkannya, sementara apresiasi atau penghayatan seni yang menjadi dasar bidang Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas untuk memahaminya. Selain daripada memperjelaskan akan bentuk, makna, dan fungsi sesuatu karya, Sejarah Seni Visual juga melihat akan perubahan-perubahan persepsi, fungsi, mahupun makna yang berlaku ke atas sesuatu karya itu, contohnya dengan mengkaji faktor-faktor yang mewujudkan sesuatu perubahan (Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).

  1. Kaedah Sejarah Seni Visual

Dalam bidang Sejarah Seni Visual, karya seni merupakan dokumen sejarah atau sumber primer yang penting, sementara apresiasi atau penghayatan seni menjadi asasnya. Kaedah mendekati atau menganalisis karya seni boleh dilakukan dengan mengajukan beberapa soalan asas tentang karya yang sedang dikaji ataupun dihayati.

Misalnya, ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?; untuk siapa ia dibuat?; ia dibuat daripada apa?; bagaimana keadaannya sekarang?; adakah ia satu-satunya objek sedemikian?; apakah maksudnya?; apakah yang cuba disampaikan?; bagaimanakah ia dipersembahkan?; dan siapakah yang menghayatinya?. Atau, ia boleh dimulakan dengan soalan siapakah pembuatnya?; di mana ia sekarang?; bagaimana ia berada di tempatnya kini?; bila ia sampai di tempatnya kini?; siapa yang mendapatkannya?; mengapa?; berapakah harganya?; siapa pemilik asalnya?; siapa yang menghayatinya? (Pointon, 1994: 61). Persoalan-persoalan asas ini menjadi dasar dalam mengenali serta memahami sesebuah karya seni itu dengan lebih dekat dan bermakna. Ini yang ditegaskan oleh Hauser dalam tulisannya, bahawa dalam usaha memahami karya seni, kita tidak terus menerangkannya, tetapi cuba menyesuaikan diri kita dengannya.

Berbicara tentang karya seni, Hauser menulis:

"We do not go straight towards them, but circle around them. Each generation sees them from a different point of view and with a fresh eye; nor is it to be assumed that a later point of view is more apt than an earlier one. Each aspect comes into sight in its own time, which cannot be anticipated or prolonged; and yet its significance is not lost, for the meaning that a work assumes for a later generation is the result of the whole range of previous interpretations." (Hauser, 1959 in Fernie, 2001: 205).

Secara umumnya, pengkajian terhadap karya seni perlu mengambilkira aspek-aspek bentuk (aspek-aspek formal, termasuklah pengolahan karya dan gaya penampilan) dan makna (ikonografi: tersurat dan tersirat). Penelitian terhadap bentuk dan makna ini pula dihubungkan dengan konteks penghasilan sesuatu karya, misalnya aspek-aspek period atau masa: sejarah dan kebudayaan.

(b) Konsep dan Kaedah Kritikan Seni Visual

(i) Pengertian Kritikan Seni Visual

Kritikan seni bermaksud wacana tentang sesuatu karya seni sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan (Feldman, 1994). Kritikan seni dilakukan daripada pelbagai sudut berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur, merangkumi aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Kritikan seni penting dalam perkembangan seni visual kerana ia mempengaruhi profesion karyawan, persepsi dan daya apresiasi khalayak, cita rasa dan strategi pengumpul seni, pemilik galeri serta promoter seni. Justeru itu, kritikan seni yang baik boleh dianggap sebagai suatu alat terbaik menentukan arah perkembangan seni pengkarya dan seni visual secara umumnya.

(ii) Tujuan Kritikan Seni Visual

Kritikan seni memainkan peranan penting dalam perkembangan seni visual baik bagi pengkarya mahupun khalayak secara umumnya. Bagi pengkarya, kritikan boleh membantu mereka mempertingkatkan profesion menerusi penambahbaikan dalam proses pengkaryaan dengan mengambil kira reaksi serta maklum balas dari pengkritik mahupun khalayak. Bagi penghayat pula, kritikan seni boleh mempertingkatkan tahap apresiasi serta persepsi mereka terhadap seni visual secara umumnya.

Kritikan seni merangkumi pelbagai persoalan asas dan ruang litup seni visual, seperti bentuk, makna dan konteksnya. Dalam kritikan seni, pengkritik perlu mengambil kira aspek hal benda, komposisi, dan kandungan karya menerusi strategi terancang yang melibatkan aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Sesebuah karya kritikan seni boleh terhasil dalam bentuk jurnalistik mahupun ilmiah, diterbitkan serta disebarkan untuk pengetahuan pengkarya dan khalayak.

Dalam kritikan, pengkritik seni menyentuh persoalan-persoalan yang meliputi aspek perasaan, idea, serta pelbagai perkara lain yang diungkapkan pengkarya melalui karyanya, sama ada dalam bentuk catan, lukisan, arca, periklanan, kartun, komik, reka bentuk laman web, poster dan seumpamanya. Pengkritik berperanan sebagai penghubung antara pengkarya dan khalayak menerusi hasil kritikannya yang mengupas kepelbagaian nilai serta makna. Dengan kata lain, pengkritik juga berupaya mengupas serta memperjelaskan nilai-nilai yang tersurat dan tersirat dalam sesebuah karya seni untuk makluman khalayak dan pengkarya itu sendiri. Menurut Feldman (1994), pengkritik mempunyai dua peranan besar, iaitu mengulas organisasi estetik dan pengolahan teknik karya, di samping menyentuh persoalan-persoalan minat serta nilai yang disimbolkan dalam sesebuah karya seni.

Oleh kerana kritikan seni mengulas, menganalisis, menginterpretasi, dan menilai karya seni visual yang juga merupakan objek budaya, maka ia pada dasarnya berhubungan dengan hal ehwal kebudayaan. Dalam konteks ini, kritikan seni sebenarnya turut berperanan dalam menentukan arah perkembangan sesebuah kebudayaan. Karya seni adalah cerminan masyarakat dan budaya yang terungkap melalui pengucapan tatabahasa visual pengkarya. Pengkritik mengupas persoalan-persoalan tersebut, justeru memaklumkan kepada khalayak tentang kedudukan pengkarya dan kebudayaan secara umumnya. Pertimbangan serta penilaian pengkritik boleh dijadikan landasan serta panduan penambahbaikan mahupun penentuan arah seni dan budaya. Dalam konteks ini, tujuan-tujuan kritikan seni adalah untuk membimbing, memberi kefahaman dan penjelasan kepada khalayak mengenai sesuatu karya yang dikupas. Menerusi pertimbangan serta penilaian yang dilakukan, pengkritik berupaya memperjelaskan ataupun menyelesaikan isu-isu berkenaan estetik dan kebudayaan. Justeru itu, kritikan seni pada dasarnya tidak terpisah daripada konteks kebudayaan pengkarya, masyarakat mahupun tamadun.

Kritikan seni boleh mempengaruhi profesion pengkarya kerana ia merupakan suatu bentuk reaksi, maklum balas, pengesahan malahan pengiktirafan terhadap sesuatu produk seni yang dihasilkan. Menerusi maklum balas itu, pengkarya boleh menambahbaik mutu atau gaya karya mereka secara berterusan. Proses penambahbaikan ini boleh menyentuh persoalan idea, konsep, teknik, tema, hal benda, atau gaya persembahan secara umumnya. Hal ini demikian kerana kritikan seni lazimnya menyentuh kepelbagaian aspek itu, berdasarkan kemampuan serta pendekatan yang diambil oleh pengkritik.

Bagi pemilik galeri dan promoter seni, kritikan boleh membantu mereka mempromosi serta menjual karya seseorang pelukis. Ia boleh mewujudkan suatu bentuk komunikasi antara pemilik galeri atau promoter seni dengan pembeli atau khalayak. Kritikan membolehkan pemilik galeri dan promoter seni mengenalpasti bakat-bakat baru di samping terus mempromosikan pelukis-pelukis sedia ada. Meskipun dalam etika kritikan, seseorang pengkritik tidak seharusnya secara langsung bekerjasama dengan pemilik galeri ataupun promoter seni bagi menaikkan seseorang pengkarya ataupun sesuatu produk, tulisannya yang neutral itu boleh mempengaruhi khalayak secara umumnya.

Bagi pengumpul karya seni, kritikan boleh mempertingkatkan nilai sesuatu karya yang mereka miliki. Sesebuah karya seni akan menjadi lebih terkenal jika ia diperkatakan serta dibicarakan secara meluas, justeru itu memungkinkan ia dikenali lebih ramai dan menjadi popular. Kepopularan karya boleh mempertingkatkan nilai komersilnya. Di samping itu, kritikan juga berupaya mengesahkan atau membenarkan persepsi atau tanggapan pengumpul seni terhadap sesuatu karya yang mereka miliki atau berhajat untuk dibeli. Bagi muzium, galeri seni awam dan swasta, serta yayasan kesenian yang mengumpul seni, kritikan seni berupaya memperkayakan dokumentasi serta bahan rujukan koleksi, di samping memberi mereka panduan bagi membeli karya-karya yang baru, baik dan berpotensi.

Penulisan sejarah serta kritikan seni merupakan dokumen-dokumen penting bagi pengkaji dan khalayak untuk mengenali sesebuah karya itu dengan lebih berkesan dan bermakna. Hal ini memungkinkan mereka mempertingkatkan kefahaman, persepsi dan daya apresiasi tentang seni secara umumnya. Menerusi kritikan seni, khalayak boleh memahami dengan lebih lanjut akan sesebuah karya itu, misalnya dari sudut tema, teknik, gaya dan makna. Khalayak memahami aspek bentuk dan makna karya secara tersurat dan tersirat, bukan melihat secara luaran sahaja kerana kritikan seni menampilkan diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan yang membolehkan mereka meletakkan seni pada konteks ruang dan masanya.

Bagi sejarawan dan pengkaji seni, kritikan seni boleh membantu usaha mereka meletakkan kedudukan seseorang pengkarya mahupun produk seni itu dalam peta perkembangan seni yang lebih luas. Hal ini menunjukkan bahawa, selain daripada menjadi wadah pendidikan, kritikan seni juga boleh menjadi dokumen-dokumen sejarah yang penting lagi berharga.

(iii) Kaedah Kritikan Seni Visual

  • Pendekatan Kritikan Seni

Secara umumnya, kritikan seni terbahagi kepada dua pendekatan asas, iaitu ilmiah, dan jurnalistik. Pendekatan ilmiah adalah bentuk penulisan yang terperinci lagi sistematik dan lazimnya terbit dalam jurnal, majalah dan buku. Pendekatan ilmiah selalunya disokong oleh fakta serta sumber-sumber rujukan dan kajian lain yang menyokong serta memperkukuhkan sesuatu hujahan. Penulisan seperti ini lazimnya dilakukan oleh sarjana seni, misalnya profesor, kurator muzium, penyelidik, dan penulis. Pendekatan jurnalistik pula berbentuk laporan, penerangan dan penulisan diskriptif yang terbit dalam surat khabar dan majalah, atau disiarkan melalui radio dan televisyen untuk tatapan umum

  • Strategi Kritikan Seni

Kritikan seni amat berkait rapat dengan apresiasi seni yang terbentuk menerusi kefahaman terhadap aspek-aspek asas karya seperti hal benda, komposisi dan kandungan. Kebolehan menangani serta menghuraikan ketiga-tiga aspek ini akan memberi laluan kepada penghasilan kritikan yang lebih bermakna lagi berkesan. Dalam strategi pertama iaitu diskripsi, seseorang pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya, seperti pengolahan formal dan mengenal pasti imejan. Dia perlu mengumpul data-data asas atau data-data visual karya dan fakta-fakta pengkarya seperti biodata, tajuk, medium, dan tarikh: jelasnya, menyediakan suatu inventori akan perkara-perkara utama itu.

Pada tahap analisis karya, pengkritik perlu menganalisis fakta-fakta visual, contohnya dari sudut pengolahan komposisi, garis, cahaya, bentuk, warna, permukaan, dan jalinan. Ini dihubungkan dengan persoalan proses dan teknik serta mencari pertaliannya dengan persoalan idea dan perasaan misalnya. Menerusi strategi ini, pengkritik seharusnya berupaya mengenal pasti kepelbagaian hal benda dalam karya yang antara lain merangkumi figura, alam semula jadi, alam persekitaran dan objek buatan manusia. Keupayaan mengenal pasti ini seharusnya diiringi dengan kebolehan membaca bentuk penampilan imejan yang mungkin berkaitan dengan pelbagai aliran dan gaya seni, baik yang bersifat tradisi, moden, pascamoden mahupun kontemporari. Pengetahuan ini memungkinkan pengkritik membuat perbandingan serta perhubungan di antara satu karya dengan karya-karya yang lain, ataupun satu gaya dengan gaya-gaya yang lain. Hal ini amat penting bagi membentuk pandangan dan pertimbangan kendiri oleh pengkritik.

Komposisi merangkumi aspek-aspek asas seni reka, media dan teknik. Pengkritik sewajarnya berupaya menganalisis pengolahan komposisi karya dengan memberi tumpuan kepada prinsip dan unsur seni serta memahami kepelbagaian bentuk tatabahasa visual seperti abstrak, realistik, naturalistik, dan separuh abstrak yang digunakan pengkarya bagi mengungkapkan bentuk dan makna karyanya. Pengetahuan pengkritik mengenai penggunaan media dan teknik akan mempertajamkan kritikannya kerana dia berupaya menyelami kaedah-kaedah pembentukan sesebuah karya dengan lebih mendalam.

Berdasarkan analisis hal benda dan komposisi, seseorang pengkritik berupaya melakukan interpretasi iaitu
mengenal pasti kandungan sesebuah karya yang mengungkapkan sesuatu tema, makna, dan fungsi. Dalam hal ini, pengkritik berusaha meletakkan bentuk dan makna karya pada konteksnya. Rangkuman ketiga-tiga proses mengenal pasti dan menghuraikan aspek-aspek asas ini memungkinkan pengkritik membuat pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya.

Kritikan seni memerlukan daya kefahaman individu yang baik terhadap pelbagai aspek karya seni visual yang dibicarakan. Justeru itu, untuk menjadi seorang pengkritik yang baik, seseorang individu itu sewajarnya mempunyai pendidikan formal dalam bidang seni serta berpengetahuan luas. Dia seharusnya berupaya berkomunikasi dengan baik dan jelas, sama ada secara lisan ataupun tulisan. Dia juga sewajarnya bersifat terbuka, bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan khalayak, serta mempunyai kejelasan pemikiran dan ekspresi. Aspek-aspek ini amat perlu bagi seseorang pengkritik dalam menghasilkan pertimbangan dan penilaian yang berbentuk "formalisme, ekspresivisme, mahupun instrumentalisme" (Feldman, 1994). Pertimbangan dari sudut formalisme adalah pertimbangan berasaskan aspek-aspek keindahan dan harmoni; ekspresivisme ialah pertimbangan berdasarkan keupayaan menyampaikan perasaan dan idea; sementara instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai suatu wadah atau alat, contohnya dalam konteks sesuatu institusi, masyarakat dan negara.

Rujukan

Bender, J.W. and Blocker, H.G., 1993. Contemporary Philosophy of Art. New Jersey: Prentice-Hall.
Gaitskell, C.D. dan Al Hurwitz, 1970. Children and Their Art. New York: Harcourt Brace and World Inc.
Hauser, A., 1959. The Philosophy of Art History. New York: Alfred A. Knopf.
Hauser, A., 1959. The Philosophy of Art History
dalam Eric Fernie, 2001. Art History and Its Methods. New York: Phaidon Press Limited.
Hornby, A.S., 1974. Oxford Advanced Learner's Dictionary of Current English. Oxford University Press.
http://www.newcastle.edu.au/discipline/fine-art/theory/analysis/panofsky.htm
Lester, P. M., 2000. Visual Communication: Images with Messages. Wadsworth Thomson Learning.
Martin, J., 1986. Longman Dictionary of Art. Longman.
Mbiyo Saleh, 1987. Estetika. Jakarta: Yayasan Umbi.
Muliyadi Mahamood, 1993. Mendekati Seni Lukis dan Seni Reka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muliyadi Mahamood, 2000. Sejarah Seni: Zaman Pertengahan hingga Abad ke 20. Kuala Lumpur: Univision Press.
Muliyadi Mahamood, 2001. Seni Lukis Moden Malaysia: Era Perintis hingga Era Pluralis. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.
Muliyadi Mahamood, 2004. The History of Malay Editorial Cartoons (1930s-1993). Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.
Ocvirk, O. G., Stinson, R. E., Wigg, P. R., Bone, R. O., and Cayton, D. L., 1998. Art Fundamentals: Theory and Practice. McGraw-Hill.
Osborne, H., 1979. The Oxford Companion to Art. Oxford University Press.
Pointon, M., 1994. History of Art. London and New York: Routledge.
Preble, D., Preble, S. and Frank, P., 1999. Art Forms. New York: Longman.
Read, H., 1959. The Meaning of Art. Penguin Books.
Rupa dan Jiwa. Katalog Pameran Rupa dan Jiwa: Kesinambungan Tradisi Dalam Seni Rupa Malaysia Sezaman. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara, 15 Jun-2 Julai, 1993.
S.H. Nasr, 1989. Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus. Terjemahan Baharudin Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sidi Gazalba, 1977. Pandangan Islam tentang Kesenian. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Smagula, H., 1991. Re-Visions: New Perspectives of Art Criticism. New Jersey: Prentice Hall.
Stern, A., 1973. "The Child's Language of Art" dalam In Child Art: The Beginnings of Self-Affirmation. Edited by Milda Present Lewis. Berkeley: Diable Press Inc.
Tansey, R. G. dan Kleiner, F. S., 1996. Gardner's Art Through the Ages. New York: Harcourt Brace College Publishers.
Zakaria Ali, 1989. Seni dan Seniman: Esei-esei Seni Halus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.